Wednesday 29 April 2015

Taiping ~ Bandar Hujan

Taiping.

Simple jer nama bandar ni. Bila Shima melawat Taiping hari tu, kawan Shima, Amy beritahu Taiping ni juga terkenal sebagai "Bandar Hujan" atau bandar paling lembap di Semenanjung Malaysia. Ini kerana sebenarnya Taiping adalah bandar yang paling banyak menerima taburan hujan. Shima pun macam tak caya.
'Eh betul ke?' Tapi bila Shima jejak kaki ke stesen bas Kamunting (Taiping), ketika itu hujan renyai-renyai mula turun dan ada sekelompok awan hujan nan mendung berarak di sekitar Bukit Larut.

Taman Tasik Taiping yang famous dan popular dengan pokok2 besar di mana dahannya tidak mencecah air tasik




Tasik yang mengadap Bukit Larut

Kami juga meluangkan masa malam dengan menikmati juadah yong tau foo yang popular di depan Balai Bomba Taiping. Mesti cuba ya ;) Murah, banyak, dan sedap.

Yong tau foo, banana split boat, desserts, kuetiaw tomyam ~







Sempat juga kami ke Zoo Taiping ;)



Dan juga gambar2 di sekitar Taiping ;)








Kami tak ada kesempatan untuk mendaki Bukit Larut kerana tiada jip yang boleh membawa kami naik ke atas. Sudah penuh untuk hari tersebut. T_T






Tuesday 7 April 2015

Sentosa Villa Taiping

Pada suatu hari yang tenang dan damai...

Eh ceh ceh ceh bermadah lagi -____- maafkan patik kerana membebel yang bukan2.

Oklah... Kali ni nak share pictures and story morey kat Sentosa Villa Taiping. Shima dan kawan2 waktu diploma di Kedah dulu (2004-2007) buat informal reunion ke Taiping. Kenapa Taiping? Shima tak pernah menjejakkan kaki ke Taiping lagi setakat ni. Maka berniat nak ke sana. Lagipun asyik kawan2 jer yang turun ke KL atau PD. Jadi apalah salahnya kalau Shima lak beralah gi ke tempat diorang pulak ^^

Sentosa Villa... tempat yang aman dan damai sesentosa namanya. Jika anda inginkan tempat yang terpencil dari kejauhan kota, hiruk-pikuk bandar yang menyebalkan minda, datanglah ke sini. Di resort ni ada disediakan vila-vila yang cantik, dan pemandangan kat sini pun sangat indah. Siap ada sungai, kolam ikan, pokok durian, angsa-angsa, itik, ayam... macam2 lagilah.

Sentosa Vila juga dekat dengan Zoo Taiping, Bukit Larut, bandar Taiping (of course lah) dan Taman Tasik Taiping yang memang terkenal dengan pokok-pokok yang melingkar sekeliling tasik.

Waktu ni memang seronok. Cuaca pun elok. Redup aja. Kitorang pilih untuk duduk di Family Villa sebab boleh memuatkan 4 orang. Reka bentuk dan hiasan dalamannya pun cantik. Kalau kita duduk di beranda, dapat dengar bunyi sungai, tengok sungai mengalir, dan hijau je mata memandang. Tapi dalam Family Villa ni tangga dia agak curam sikit. Jadi kalau ada anak kecik yang aktif, tak sesuai nak ambil Family Villa ni hehehehe....















Open concept bathroom





































Jinaknya butterfly ni hinggap kat jari jemari saya