Wednesday 29 April 2015

Taiping ~ Bandar Hujan

Taiping.

Simple jer nama bandar ni. Bila Shima melawat Taiping hari tu, kawan Shima, Amy beritahu Taiping ni juga terkenal sebagai "Bandar Hujan" atau bandar paling lembap di Semenanjung Malaysia. Ini kerana sebenarnya Taiping adalah bandar yang paling banyak menerima taburan hujan. Shima pun macam tak caya.
'Eh betul ke?' Tapi bila Shima jejak kaki ke stesen bas Kamunting (Taiping), ketika itu hujan renyai-renyai mula turun dan ada sekelompok awan hujan nan mendung berarak di sekitar Bukit Larut.

Taman Tasik Taiping yang famous dan popular dengan pokok2 besar di mana dahannya tidak mencecah air tasik




Tasik yang mengadap Bukit Larut

Kami juga meluangkan masa malam dengan menikmati juadah yong tau foo yang popular di depan Balai Bomba Taiping. Mesti cuba ya ;) Murah, banyak, dan sedap.

Yong tau foo, banana split boat, desserts, kuetiaw tomyam ~







Sempat juga kami ke Zoo Taiping ;)



Dan juga gambar2 di sekitar Taiping ;)








Kami tak ada kesempatan untuk mendaki Bukit Larut kerana tiada jip yang boleh membawa kami naik ke atas. Sudah penuh untuk hari tersebut. T_T






1 comment: